Sepintas lalu bagaimana melakukan pembajaan pokok pisang. Untuk makluman Jarak tanaman pokok pisang adalah seperti berikut;
2.5 m x 2.5 m – kepadatan tanaman 1600pokok.
3 m x 3 m – kepadatan tanaman 1100 pokok.
3 m x 3 m (selingan) – kepadatan tanaman 700 – 900 pokok. Dilaksanakan sebaik sahaja pembajakan kedua selesai dilakukan.
( seminggu sebelum menanam )
Gaulkan baja CIRP ( 100g/pokok ), 8:8:8 ( 60g/pokok ) dan GML ( 60g/pokok )dengan topsoil dari lubang dan tanah sekeliling lubang tanaman. Kemudian timbus lubang penanaman dengan campuran tanah tersebut
Sulur-sulur dicelup ke dalam air panas bersuhu (55°C) selama 5-10 minit
Memastikan sumber benih bebas daripada penyakit
Minggu 1- bulan 24
Siram sekali sehari selama seminggu selepas ditanam kecuali hari hujan.
Gunakan sistem pengairan atau secara manual. Periksa setiap pokok untuk memastikan sistem pengairan berfungsi dengan baik supaya setiap pokok menerima air yang’mencukupi. Kadar penyiraman ialah 8-12 liter/sehari.
Bulan 1- Bulan 5 ( mengikut kadar 100g bulan 1 dan 150g bulan seterusnya )
Baja NPK Hijau 15:15:15 ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang atau menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang.
Bulan 4 dan bulan 9
Pilih satu sulur yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan daripada sulur yang baru tumbuh sebagai Ratun 2 dan pangkas semua sulur baru yang lain dengan menggunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.
Bulan 6
Tabur baja NPK 12:12:17:2 (75g/pokok) di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok. Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.
Bulan 9
Baja NPK 12:12:17:2 (250g/pokok) ditabur di sekeliling pokok Atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm
Bulan 12-13
Tuai buah yang telah mencapai indeks kematangan 2 atau 3. Lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang tersebut. Tandan pisang diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span. Elakkan tandan daripada terhempap ke tanah.
Program kawalan penyakit dan perosak hendaklah dijalankan dari peringkat awal penanaman sehingga ke peringkat penuaian hasil. Kebersihan ladang, cantasan daun berpenyakit dan tua, pembinaan saliran dan pembungkusan tandan buah adalah aktiviti yang perlu dijalankan bagi mengurangkan kos kawalan penyakit dan perosak. Antara penyakit utama yang menyerang pisang ialah Bintik Daun Sigatoka (Mycosphaerella sp), Penyakit Layu Panama (Fusarium oxysporium) dan Penyakit Bintik Daun Cordana (Cordana musae). Manakala perosak utama tanaman adalah Pengorek Umbisi Pisang (Cosmopolites sordidus germ), Kumbang Pengorek Batang Pisang (Odoiporus longgicolis, Oliv, Ulat Gulung Daun (Erionate thrax) dan ialah lalat Buah (Bactocera musae).
Penyediaan penanaman Pisang
Benih tanaman pisang boleh diperolehi dengan menggunakan sulur pedang, teknik belahan dan tisu didik.
Menanam
Bagi sistem tanaman tunggal, jarak tanaman yang sesuai bagi tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan 1,600 pokok/ha. Manakala bagi sistem tanaman selingan, jarak tanaman yang sesuai adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700-900 pokok/ ha. Lubang berukuran 30 sm x 30 sm x 30 sm digali dan diisi dengan campuran 100gm baja fosfat (CIRP), 100gm kapur (GML), 100gm baja organik dan 25gm Carbofuran sebelum benih pisang ditanam.
Menyokong Pokok
Pokok akan mulai condong apabila tandan buah mulai membesar. Oleh itu batang pisang perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau kejadian patah tengkuk kerana tidak dapat menampung buah yang berat.
Tanaman pisang memerlukan air di antara 1500-2500 mm/tahun. Keperluan air ini amat kritikal pada peringkat pisang mengeluarkan jantung. Pada kebiasaannya, pokok pisang memerlukan air di antara 8-12 liter sehari.Namun begitu tanaman pisang dikatakan tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 24 jam.
Info: Di antara pisang yang boleh di makan segar ialah seperti Pisang berangan, Cavendish dan Rastali.
Info: Pisang yang biasa di masak atau diproses adalah seperti pisang Nangka, pisang Raja, Lang, Relong, Tanduk, Nipah dan pisang Awak.
Pisang tergolong dalam kategori tumbuhan kultivar yang memerlukan suhu di antara 25 hingga 28 darjah Celsius untuk membiak.
la sesuai ditanam di kawasan
tanah bertekstur lempung, berpasir, keadaan tanah yang peroi, rata dan beralun kurang daripada 12 peratus.
Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,500 hingga 2,500 milimeter setahun terutama ketika peringkat ia berjantung.
Kebiasaannya,
benih tanaman pisang boleh diperolehi dengan menggunakan teknik susur pedang, belahan dan tisu didik.
Selain dimakan mentah, kegunaan buah pisang kini telah dipelbagaikan untuk menghasilkan banyak produk makanan seperti pisang goreng,makanan ringan seperti kerepek, kek dan juga digunakan dalam masakan.
Penggunaan yang meluas itu adalah disebabkan oleh rasanya yang lazat selain mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan terperinci.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan