Penjagaan pokok cempedak
![]() |
Penanam boleh menghasilkan pokok cempedak yang subur jika penjagaan yang sempurna diamalkan. - Gambar hiasan |
Pokok cempedak adalah sejenis tumbuhan yang amat digemari dan banyak ditanam di kampung dan kebun. Pokok cempedak boleh mengeluarkan hasil apabila berumur tiga hingga empat tahun selepas penanaman di ladang.
Hasil buah cempedak akan bertambah dengan banyaknya apabila diberikan penjagaan yang sempurna sejak dari awal penanaman lagi.
Cempedak tergolong dalam keluarga Moraceae dan nama saintifiknya ialah Artocarpus champeden.
Jarak tanaman yang disyorkan bagi anak pokok cempedak ialah 9 meter (m) x 9 m dengan menggunakan sistem segi empat atau segi tiga sama.
Bagi anak pokok yang ditanam dengan menggunakan sistem segi empat, bilangan anak pokok yang boleh ditanam ialah 123 pokok sehektar.
Klon cempedak yang ditanam di kawasan ladang UPM ialah seperti klon CH 26 (Paya Jaras), CH 27, CH 28, CH 29 (Kuang 4), CH 30 (Kuang 5), CH 31, CH 33 (Syin) dan CH 35 (Sri Temoh).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan