Ahad, 6 Jun 2010

kuih pau

Pau Kacang Hitam
Rr_007

zeera@myresipi.com

Simple kuih pau... (dapat resepi dari member.. teringin sgt nak makan pau hari ni ;)

Created on : 06-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan
Bahan-bahan ( 15 biji )

* --Doh--
* 500 gm tepung gandum
* 1 1/2 sudu teh yis
* 1/2 cawan gula pasir
* 1/4 cawan minyak jagung
* 1 1/4 cawan air suam
* --Inti--
* 2 genggam kacang hitam / merah
* 6 sudu gula pasir
* sedikit minyak

Cara-cara

1. Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
2. Larutkan gula dengan air suam.
3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
5. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
6. Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.
7. Sedia untuk dihidang bersama kopi O..

Tag
pau kukus kuih-muih

Tiada ulasan: