Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )
* Sebungkus tepung maruku (yg saya guna malam ini jenama Gemini)
* 380ml air atau santan
* 1 sudu kecil jintan manis (malam ni saya abaikan bahan ini sebab dah kehabisan)
* 1 sudu kecil lemuju
* 1 sudu besar bijan
* 1 sudu besar serbuk cili (ikut kesesuaian citarasa anda)
Cara-cara
1.
Rimg2223
Masukkan bahan-bahan kering iaitu tepung, jintan, lemuju, bijan dan serbuk cili ke dalam mesin pasta. **Garam tidak digunakan dalam resepi ini kerana tepung jenama Gemini ini telah ada campuran garam.
2. Tekan butang ke mod menguli (Mix)
3.
Rimg2232
Masukkan air/santan sedikit demi sedikit sampai habis. Tempoh diambil untuk menguli lebih kurang 5 min sahaja. Tidak perlu tunggu hingga menjadi seketul doh..memadai jika nampak campurannya sebati.
4.
Rimg2238
Hentikan mesin pasta sebentar. Tukar ke mod untuk keluarkan doh melalui acuan maruku. Part ni kena tunggu depan mesin ni utk sambut dan bentukkan doh yang keluar dalam bentuk/saiz yang disukai.
5.
Rimg2241
Begini la rupanya..maruku di tapak tangan!! Seronok tau..laju ja dia keluar..kena on dan off laa...kalau tak jadi panjanggggg....sedia untuk di goreng!
6.
Rimg2233
Ini kalau dibiarkan panjang, kita tadah dengan pinggan atau tudung periuk...pusing2 la supaya bagi jadi lingkaran..:-)
7.
Rimg2247
Goreng la hingga kekuningan... dan enjoy! ...selamat mencuba ya :-) Pasti seronok menyediakannya utk yg tersayang...lihatlah anakku itu yg begitu asyik menikmatinya...heheh eksyen jer lebih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan