Pertanian Dan Kepentingan
Firman Allah yang bermaksud;
“Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi”. (QS.35:39.)
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi ini”QS.2:30
Kesimpulan:
Tujuan hidup manusia di ciptakan oleh ALLAH sesuai dengan difenisi oleh ayat2 ALLAH tersebut dibawah ini;
1.QS.56″51.“ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah(bekerja) kepada-Ku”
Tugas hidup manusia di ciptakan oleh ALLAH sebagi berikut dibawah ini:
2.(QS.11:61). “Dialah yang telah menciptakan kamu dari bumi (tanah), dan menjadikan kamu pemakmurnya. (menghuni dan mengolah hasil bumi untuk kemakmuran umat manusia).
3.(QS..57:25).”Dan Kami ciptakan besi (dan perak, emas, almunium tembaga, minyak, dll) yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia (untuk di-olah), dan supaya ALLAH mengetahui siapa yang menolong agama Nya (Islam) dan Rasul2 padahal Allah tidak dilihatnya.
4.”.(QS.58:11)“ALLAH akan meninggikan orang orang yang beriman di antara mu dan orang orang yang menuntut ilmu pengetahuan (belajar) beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan
5.QS.2:30″Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi ini”
“Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi”. (QS.35:39.)
.
Demikianlah ALLAH memberitahukan, apa tujuan dan tugas hidup manusia di bumi ini menurut ALLAH yang menciptakan manusia.
.
Mudah2an kita sebagai pekerja2 atau hamba2 ALLAH yang baik,yang taat, maka marilah kita perbaharui niat dan tujuan hidup kita semoga kita semua mendapat kasih sayang , kepercaaan dan cinta ALLAH. Semoga hidup yang sekali ini akan sukses dan diberkahi oleh ALLAH.
.
Kalau kita cinta dan takut kepada ALLAH mari kita rajin2 belajar dan bekerja untuk mensejahterakan keluarga,masarakat dan umat islam pada umumnya agar umat2 lain dapat mencontoh cara hidup yang benar dari ALLAH.
Jadi ajaran2 islam itu adalah indah sekali, ajaran2 yang membawa umat islam dan non islam kepada kemajuan2 dalam segala aspek penghidupan. Itulah ajaran ALLAH yang benar.
Sebaliknya ajaran2 yang mengatasnamakan islam tetapi tidak membawa umat menjadi sejahtera dan damai,maka pemahaman ajaran islam itu adalah salah kaprah.
.
Marilah saya ajak anda untuk berjuang menuju masarakat yang bermanfaat didunia berarti di akhirat. Berzikir, pikir dan ikhtiar . Keep your hands busy with works; keep your mouth busy with remembrance of Allah and leave inheritance as much as possible. Love your neighbor as you love yourself.Ingat kata Nabi ; Kamu belum beriman kepada Allah, kalau kamu belum mencintai tetangga kamu(baik islam maupun non islam) dari (http://budirich.wordpress.com).
Zakat Pertanian (Padi)
Pertanian, Perusahaan dan Perindustrian Menurut Islam.
Dalam artikel diatas disebut tentang tujuan kita dihidupkan adalah Bertaqwa kepada Allah. Apakah menceburi bidang perusahaan itu tidak dinamakan juga sebagai Taqwa ?. Berdosa kepada semua orang Islam jika tidak dapat memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah. Selama berpuluh tahun segala keperluan makan dan minum kita diperolehi dari sumber orang bukan islam. Adakah kita sedar hadis nabi pernah bersabda tentang makanan yang kita makan jika tidak halal akan menyebabkan kita diazab di akhirat kelak. Dan kita juga hendaklah mencari harta kekayaan dengan jalan yang halal dan suci . Dalam hal ini kita hendaklah melaksanakannya berpandukan panduan prinsip al-adl wal ihsan – iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat. Pendekatan Islam amat menitik berat soal keadilan dalam semua perkara, dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu. Firman Allah SWT. dalam surah an-Nisaa’ ayat 29:
Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu”.
[dari http://www.islam.gov.my/khutbah-online]
Kemiskinan boleh membawa kualiti hidup yang lemah, mudah terjebak dalam kegiatan sosial dan boleh membawa kekufuran. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: " Hampir sahaja kemiskinan itu membawa kepada kekufuran.”(Riwayat Abu Naim)
Dalam usaha untuk melonjakkan imej, maruah dan harga diri umat Islam sebagai pembawa rahmat ini, maka Islam menggalakan umatnya berkerja bersungguh-sungguh secara berkesan untuk meningkatkan kekuatan ekonomi dan kekayaan. Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 77 :
Maksudnya: " Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba2 Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah), dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.”
Ketika menekankan perkara yang sama Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan dengan tekun(memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (Riwayat: al-Baihaqi)
Renungilah firman Allah SWT dalam surah an-Najm ayat 39-41:
Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya.Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepada-Nya pada hari kiamat kelak. Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna”.
Penduduk dunia pada masa ini berjumlah 6.6 bilion orang. Di negara kita sahaja di anggarkan mempunyai seramai 25 juta penduduk. Bagaimanapun pada akhir-akhir ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan berlaku mala petaka krisis makanan di benua dan negara tertentu. Faktor utama kejadian kekurangan makanan ini ialah kejadian bencana alam yang berterusan dan pertambahan penduduk dunia yang semakin meningkat. Kadang kala tanah-tanah pertanian ditukar menjadi kawasan penempatan penduduk yang mengakibatkan keluasan tanah-tanah pertanian semakin sempit.
Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian telah berubah. Daripada pertanian untuk sara diri ia bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Apa yang nyata pertanian adalah perniagaan yang memberi peluang besar kepada umat Islam khususnya dalam pengeluaran makanan halal. Menurut sumber industri, pasaran makanan halal dunia bernilai 500 bilion USD hingga 2 trilion USD setahun yang melibatkan 1.8 bilion umat Islam.
Dengan demikian bidang perniagaan dalam pertanian khususnya dalam pengeluaran makanan dan produk halal membuka peluang pekerjaan dan keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Mulk ayat 15:
Yang bermaksud: " Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya )".
Betapa besar faedah makanan kepada manusia khususnya dalam pengeluaran makanan halal, maka Islam mengkategorikan bidang pertanian adalah Fardhu Kifayah. Dengan melaksanakan tuntutan fardhu kifayah ia bukan sahaja untuk kepentingan agama tetapi juga memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan ekonomi negara dan kesejahteraan kehidupan manusia sejagat.
Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:
“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)
Berdasarkan hadith tersebut, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia. Terima kasih,
wasalam
Link ke Web Agama dan Pertanian.
http://kebunhidayah.wordpress.com
http://abuabdilbarr.wordpress.com/category/fiqih-dan-pertanian http://www.moa.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan