informasi berkaitan dengan pertanian dan pelbagai cerita kehidupan. Isteri tercinta Rosidah dan Anak-anak kesayanganku: Amir Arif, Aiman Hakim, Anas Luqman, Nur Aida Sufia, Ahmad Akmal dan Muhammad Alif Affan
Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
Masukkan susu suam, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit (tpng yg selebihnya tadi) sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.. Bahagikan doh kepada 20 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh dan leperkan sedikit.
Tutup pau dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
Panaskan minyak. Goreng pau dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
Toskan minyak. Bila pau dah sejuk, bolehlah belah di tengah dan isikan dngn sambal tumis dan hirisan timun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan