Khamis, 26 Januari 2012

kuih pau


Bahan-bahan untuk doh ( 10 biji )

240 g tepung "Hong Kong", (guna tepung pau pun ok)
1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)

Cara-cara buat doh

1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.

2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat-bulatkan. Ambil sebiji doh dan leperkan di atas tapak tangan, sudukan inti yg telah sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat-bulatkan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg telah disapu dengan lemak sayur.

3. Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.

4. Kukus pau tadi di atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.

Note: Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting untuk doh. Masukkan kesemua bahan dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.


Bahan-bahan untuk inti manis

2 cawan kelapa parut
1 cawan gula merah (boleh kurang atau tambah mengikut citarasa masing-masing)

Cara-cara buat inti manis

1. Masak gula dengan sedikit air.
2. Bila semua gula telah larut dan mendidih, tapis.
3. Masak semula air gula tersebut di atas api dan masukkan kelapa parut.
4. Kacau inti sehingga benar-benar kering.
5. Kalau suka bolehlah masukkan sedikit tepung gandum untuk menjadikan inti kenyal dan melekat.

Tiada ulasan: