Ahad, 26 Disember 2010

aAL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH KAKAK KU AZIZA BTE MUSA DAN ANAK SAUDARA KU SITI AISYAH BTE ZAKARIA

Pelajar, ibu maut kena rempuh lori
Oleh Betty Subaryati

2010/12/24

ANGGOTA bomba  menutup mayat Siti Aisyah  yang dihempap  lori pasir  di simpang tiga Kok Lanas, Kota Bahru, semalam.
ANGGOTA bomba menutup mayat Siti Aisyah yang dihempap lori pasir di simpang tiga Kok Lanas, Kota Bahru, semalam.
Remaja dalam perjalanan pulang ambil slip PMR

KOTA BHARU: Kegembiraan seorang pelajar memperoleh 4A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) berakhir dalam suasana menyayat hati apabila dia dan ibunya maut selepas dirempuh lori pasir yang terbalik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, semalam.

Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari di simpang tiga Kok Lanas di sini, ketika pelajar Maahad Syamsul Maarif, Pulau Chondong, Siti Aisyah Zakaria, 15, membonceng motosikal ditunggang ibunya, Aziza Musa, 42, berhenti di persimpangan lampu isyarat menuju ke Selising.
Ketika itu, lori sarat muatan pasir keluar dari arah Selising ke Machang, hilang kawalan sebelum merempuh dua beranak terbabit.
Akibat rempuhan berkenaan, Aziza tercampak ke atas jalan raya, manakala Siti Aisyah dihempap tayar lori itu yang terbalik menyebabkan dua beranak itu mati serta-merta akibat cedera parah di kepala dan badan.

Kejadian malang itu membuatkan hati pesara tentera, Zakaria Mohamad, 43, luluh apabila melihat mayat isteri dan anaknya terbujur kaku sejurus berkejar ke lokasi sebaik dimaklumkan rakannya yang kebetulan melalui tempat kemalangan.

Ketika tiba di lokasi, saya tergamam melihat isteri terbujur kaku, manakala kepala dan tubuh anak kedua saya dihempap tayar lori.

Saya merancang meraikan kejayaan Siti Aishah, malah berjanji membawa keluarga bercuti lusa, katanya sambil menahan sebak keti-ka ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), semalam.
Zakaria yang ketika kejadian sedang menghantar bekalan baju, berkata isterinya yang bertugas sebagai Kerani Kewangan di Kem Desa Pahlawan, mengambil kesempatan pulang seketika pagi semalam, kerana menemani anak kedua daripada enam beradik itu mengambil slip keputusan PMR.

Katanya, beliau mengetahui Siti Aisyah memperoleh keputusan 4A, 1B dan 2C selepas dimaklumkan guru yang menghubunginya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata susulan kemalangan berkenaan, pihaknya kini sedang menyoal siasat pemandu lori terbabit untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Komen Anda
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

oyaman
akibat rasuah, semua halal..utk melalui jalan-jalan di malaysia ni. Al-fatihah buat keluarga mangsa..
bujang
Takziah buat keluarga En Zakaria, Allah sayangkan mereka.
minnaz75
Kemalangan yg amat menyentuh jiwa,pihak berkuasa mesti siasat betul2 keadaan pemandu,buat 'urine test' sebab tempat berhenti sepatutnya awal2 lagi pemandu tu kena berhati-hati,takziah buat arwah adik Aishah&ibunya semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Al Fatihah..
bobongou kontot
da nasib,apa blh bt...ksian...tpi untk c pmandu lori,tangkap ja.....da bnyk da di sbb kan kcuaian pnamdu kndraan brat,org lain jd mangsa....
Siti Musalmah Ahmad Fuad
Menitik air mata menggambarkan keadaan kematian dua beranak itu, dan perasaan adik beradik lain dan ayahnya..Semuga mereka tabah dgn kematian ibu dan kakak mereka.Semuga mereka Allah tempatkan di dalam golongan orang-2 yg beriman dan diRahmatiNya.
christina
dui...sian jg...
zack
al-fatihah. pihak berkuasa haruslah lebih prihatin. ada kala lori berat ini bawa labih laju dari yang sepatutnya. macam jalaan raya dia soarang yang guna. tapi biasalah, negara kita, benda dah berlaku, baru nak ambil tindakan.
Na Tina
alfatihah...takziah kpd keluarga mangsa...
HAMDAN
Mohon pihak berkuasa memantau jalan rosak di Kok Lanas. Sebelum ini pernah berlaku kemalangan di Ketereh akibat jalan yang rosak juga melibatkan penuggang motosikal.
Aero Banting
Pemandu sekarang lebih pentingkan diri sendiri. Mohon Semua Pemandu lebih perihatin dengan nyawa manusia yang hilang sia-sia. Buat Keluarga Arwah - AL FATIHAH.
nabil ahmad
salam takziah kepada abe ya skeluarga atas pmergian isteri trcinta dalam kmalangan ptang smalam...same2 kite berdoa moga2 roh mreka berdua dicucuri rahmat Allah s.w.t......amin Ya Rabbalalamin.....
along
al-Fatihah...takziah wat kluarga adk aisyah...sdey sy bce artikel ni..hrap kluarganye b'sbar ngn dgaan Allah kli ni...wat pemandu lori tu die patut di HUKUM GANTUNG SAMPAI MATI..........
kalsum
Takziah kpd keluarga En. Zakaria..diharap pihak penguatkuasa dapat mengambil tindakan yg setimpal dgn kesalahan pemandu tersebut dan LPKP membatalkan permit lori tersebut..kecuaian pemandu tersebut menyebabkan mereka yg tidak bersalah pergi begitu sahaja...
Zam
alfatihah....
Zam
alfatihah....
zd
Al Fatihah buat simangsa..... kita ni asal accd aje laju..asal langgar aje driver bawa laju.. bukan aje laju yang boleh sebabkan kemalangan. Banyak sebab lain. Yang penting pemandu. Pemandu perlu tahu masa bila nak service / bawa laju / bawa perlahan / dan tahu keadaan mesin(vechiles) yang dibawanya adalah selamat bagi dia dan selamat utk orang lain.
pokcik yie
alfatihah,semoga roh keduanya di cucuri rahmat.pokcik menangis melihat gambar kemalangan ni sebab pokcik pun ada seorang anak perempuan yang juga ambil peperiksaan pmr 2010.sedih sangat sedih,pakcik pernah bertugas di keroh kuala krai dan menggunakan laluan ini setiap hari selama 5 tahun pokcik bertugas di keroh,melalui pemerhatian pokcik memang pemandu lori pasir di laluan ni suka pandu lori dengan sangat laju,pernah satu kali kenderaan pokcik hampir bergesel dengan lori pasir ni,minta pihak berkuasa buat pemantuan yang lebih kerap sebab memang pemandu lori pasir ni suka pandu laju,mungkin kurang pemantauan oleh pihak berkuasa,batalkan seumur hidup lesen pemandu lori berkenaan sebagai pengajaran kepada pemandu lain serta di penjarakan.akibat kecuaiannya orang lain menjadi mangsa,fikirkan jika perkara ini berlaku kepada kita,kepada en.zakaria,takziah dan banyak bersabar menerima dugaaan ini.
farhan
alfatihah..ajak maut ditangan allah..sy ucpkan takziah kepada keluarga mangsa
bibi norazlena
takziah untuk ahli keluarga.sedih nyer
epul juan
lori2 d kawasan kok lanas kebanyakan bwk laju terutama kwsan politeknik..
syajida ieyda
alfatihah....hrp dpat trima dgn redho...dari Allah kta dtg kpda Allah kta kembli...
Man
Ya Allah, ampunilah Siti Aisyah dan Ibunya, rahmatilah mereka, tempatlah mereka di taman-taman SyurgaMu.Amin.
Imsail din
Kenderaan berat sepatutnya dipandua lewet malam saja sebab sentiasa membahayakan pengguna,meraka memang tidak berdisiplin kecuali lori yang dilatih khas seperti lori tangki minyak, memamng sepatutnya dilarang dipandu pada siang hari tambahan lagi dipandu oleh warga asing, harap pihak JPJ dan polis pantaulah kenderaan yang membawa bahan binaan yang serinag memebawa kecelakaan kepada pengguna terutama kepada anak-anak yang tak berdosa, alfatihah,amin .
wan mohd suhaimi bin wan ismail
al-fatihah kepada keluarga mangsa.beri hukuman yang teruk kepada pemandu lori tersebut.org yg x bersalah jadi mangsa.
KimieChePeng
ALFATIHAH.. TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA.. TAKDIR...
ainee
ya allah...kesiannya....erm
vky
kebanyakan kenderaan berat diseluruh tanahair mengangkut lebih muatan dari yg sepatutnya..JPJ..mengambil wang saguhati dari pemilik kenderaan setiap bulan.. jadi bilalah masalah ni akan berakhir...apabali sesuatu musibah berlaku barulah semua jabatan2 kerajaan akan sibuk...kemudian balik semula ke tempat asal...
penpop84
AL FATIHAH DAN TAKZIAH BUAT KELUARGA ZAKARIA.TERIMALAH UJIAN INI DENGAN SEADANYA KUATKAN SEMANGAT, TENTU ADA YANG TERSIRAT DISEBALIK KEJADIAN. BUAT SEMUA JADIKAN INI IKTIBAR
izwan narkhamura
oRang yAng tiDAk BerDosa & tIada KeNe MengenA mEnjAdi mAngsa..Takziah KpD KeluArgA mAngsa..AL-FATIHAH..
ica
Al Fatihah untuk kedua nya. Sangat sedih.
abdullah sani jailani
Al Fatihah..
sedih :(
al-fatihah... kepada keluarga mangsa..
batal terus kepada pemandu lori tersebut..
kepada pemandu lori yg lain.. berhati2 lah anda.. ingt pengguna yg lain jgk.. umpama pengguna itu keluarga anda.. huhuhu..:(
Asmah
Salam Takziah untuk keluarga cik z..Al-fatihah moga dicucuri rahmat Allah..Mohon Pihak berkuasa pantau dan bagi hukuman yang setimpal..
zamani viva
ni laluan yg aku lalui setiap hari untuk ke tempat kerja.selalu la terserempak dengan lori-lori yang di pandu laju terutama apabila mengejar lampu isyarat kuning ke merah.
rozul
lori ..ohh...lori...
komando
pemandu kenderaan berat kebanyakkannya keras kepala, degil dan berlagak... pandu melulu, laju dan merbahaya sering dikaitkn dengan mereka
mike
Al-Fatihah
Shukri Abd.Rahman
Pemandu lori pasir tersebut wajiblah dijatukan hukuman mati, kerana telah membunoh orang dengan sengaja. Tidak memandu dengan cermat menyebabkan nyawa orang yang tidak bersalah hilang. Pihak polis dan JPj mestilah selalu memeriksa lori- lori, dan memastikan samada pemandu atau kenderaan mematuhi undang yang telah ditetapkan. Dengan cara ini saya rasa akan dapat mengurangkan lagi kemalanagan yang dahsyat ini. Perkara ini tidak terjadai pada diri kita dan keluarga dan saudara mara kita, sebab itulah kita tidak mengambil berat dengan perkara/masalah ini, cuba yang kena itu saudara mara terdekat kita, mesti kita akan marah, dan akan membunih orang yang lakaukan itu. Sama2lah kita mengambil tindakan yang tegas.
ieta daud
hayat aku x penah tgk secara real...tapi semalam..berhati2la di jalan raya...terutama pemandu2 kenderaan besar!!
Sherry
Al Fatihah.. Takziah untuk keluarga mangsa. Semoga kuat dan tabah menghadapinya.Sebagai hamba Allah, sy turut merasai kesedihan ini.
whomix sadzwan
al-fatihah...
keme
setiap yang hidup akan mati Al-Fatihah...
tapi yang sedihnya mati sebab kecuian orang lain...ish ish ish
Abelee
Takziah disampaikan kepada keluarga allahyarham. Alfatihah.. semoga roh kedua-dua dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yg beriman. Saya AMAT-AMAT berharap pihak yg bertanggungjawab meneliti serta menyiasat perkara ini dgn seadil-adilnya. Kendraan spt lori & bas sentiasa menjadi TUAN diatas jalanraya dan pembonceng serta pemilik motosikal yg menjadi mangsa. Mohon no tel (KDNHEP) yg tertera pd kenderaan besar ini dpt berfungsi dgn elok dan ada OPERATOR yg melayannya. Seringkali bila notel ini dihubungi hya dpt bercakap dgn KOMPUTER atau TIDAK ADA LANGSUNG..ALFATIHAH. TK
zulreen
TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM....
jerol
Al Fatihah..
zul
Pihak berkuasa pantaulah kenderaan berat dan jika perlu ambil langkah proaktif, apabila melihat kenderaan berat yang dijangkakan boleh mendatangkan musibah, tolong periksa dan adakan pertemuan dengan pihak pengusaha, jangan nanti pihak berkuasa dah tak relevent lagi
alongexo
Takziah kepada keluarga mangsa.Al-Fatihah buat mangsa.Akibat kecuaian,orang yang tidak berdosa menjadi korban.
Terkilan
Al-Fatihah untuk mu dan ibu mu, adik...
Rashidah Mahirah bt Fadzillah
Saya bersimpati betul dengan apa yang terjadi. Anak yang tidak bersalah menjadi mangsa di nahas jalan raya.Apatah lagi baru lepas mengambil keputusan PMR yang hendak meraikan kejayaan bersama keluarga tercinta.
alin
takziah buat keluarga mangsa, kecuaian orang lain menyebabkan ada insan yang terkorban
Abdullah
Confirm laju nie area traffic light...takziah pada zakaria...
kemalangan ini aku tngok sendiri dengan mata kepala aku...sbelum2 ini aku tngok dalam gambar, b internet je tapi kelmarin aku tngok betul2...alfatihah kepada dua beranak ini... al-fatihah...
mohd nazri
Lori tersebut dipercayai dipandu laju. Sy sokong agar pmd tersebut diberi hukuman yang setimpal.Batal terus lesen supaya tdk berulang pada masa akan datang.

Tiada ulasan: