Selasa, 26 Oktober 2010

NOTA PERTANIAN DI MALAYSIA

Pertanian di Malaysia

BAB 1     PERTANIAN DI MALAYSIA

                         
1.1      Kepentingan Pertanian di Malaysia

a.      Pengeluaran bahan makanan
·         Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk
·         Kurang kos import bahan makanan
·         Memenuhi keperluan keselamatan negara

b.      Pengeluaran bahan mentah
·         Bahan mentah untuk keperluan industri
·         Contoh : getah – tayar ; kelapa sawit – minyak masak dll.

c.       Pendapatan eksport
·         Jualan hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dll.
·         Sumber aliran masuk wang asing
·         Meningkatkan KDNK Negara

d.      Peluang pekerjaan
·         Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar
·         Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan

                                 
 
1.2    Tanaman dan Ternakan di Malaysia

Tanaman
Kawasan utama
Kelapa sawit

·         Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat)
·         Pahang (Jengka, Pahang Tenggara)
·         Perak (Teluk Intan,Sungai Siput, Trolak)
·         Selangor (Klang, Kampar, Batang berjuntai)
·         Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau)

Getah
·         Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Sarawak, Sabah

Koko
·         Perak (Teluk Intan)
·         Selangor (Sabak Bernam)
·         Johor (Batu Pahat, Muar)
Kelapa
·         Selangor (Sabak Bernam)
·         Perak (Teluk Intan,Bagan Datoh)
·         Johor (Batu Pahat)
·         Sabah (Lahat Datu, Tawau, Kudat)
·         Sarawak (Mukah, Kucing)
Padi
·         MUDA (Kedah-Perlis)
·         Dataran Kelantan
·         Seberang Perak
·         Krian-Sungai Manik
·         Barat Laut Selangor



Sayuran

·         Cameron Highlands, Banting, Lembah Kinta, Wakaf Stan dan Kundasang

Buah-buahan
·         Durian – Batu Kurau, Bukit Gantang, Segamat
·         Rambutan – P. Pinang, Muar
·         Limau – Jerantut, Ulu Terangganu
·         Limau bali – Ipoh

Teh
·         Teh tanah tinggi – Cameron Highlands dan Kundasang
·         Teh tanah pamah – Banting dan Bukit Cheding

Tebu
·           Kedah (Padang Terap)
·           Perlis (Chuping)

Kopi
·           Kedah – Kopi Robusta
·           Cameron Highlands – Kopi Arabica

Florikultur
·           Cameron Highlands, Johor, Perak ,Selangor

Lembu dan Kerbau
·           Kedah, Kelantan, Sabah, Pahang

Kambing & biri-biri
·           Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan

Ayam
·            Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor, Prai

Khinzir
·            Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Sarawak




1.2.1        Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
                                 
a.      Faktor Iklim

·         Kawasan tanah pamah/rendah – suhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi dll.
·         Kawasan tanah tinggi – suhu rendah sesuai untuk tanaman kubis, tomato dll.
·         Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia.

b.      Faktor Sejarah

·         Zaman sebelum penjajahan Inggeris – tanaman sara diri seperti padi, kelapa dll.
·         Zaman penjajahan Inggeris – getah dan kelapa sawit.
                    - Imigran Cina membawa masuk ayam dan khinzir
                   - Imigran India membawa masuk lembu LID
·         Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan

c.       Faktor Ekonomi

·         Pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
·         Pasaran  perlu ada untuk memudahkan hasil  dipasarkan.
·         Infrastruktur ialah  kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik, air  dll.) untuk membangunkan sektor pertanian.




d.      Faktor Dasar Kerajaan

·         Kerajaan melancarkan DPN dan RRJP3
·         Peningkatan pengeluaran makanan dengan cara  pembukaan kawasan baru dan guna tanah secara intensif.
·         Peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian
·         Memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum
·         Kerajaan telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik


1.3  Trend Pertanian Di Malaysia

a.      Mempelbagaikan tanaman dan ternakan

·         Matlamat   -   untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan.

·         Faedah      -   menambah dan mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan
                  -   menambah pendapatan petani
                  -   mempelbagaikan ekonomi negara
                               -   meluaskan pasaran hasil pertanian

·         Bidang usaha yang berpotensi maju – lebah madu, daging rusa, burung unta, puyuh,  buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman herba.

b.      Pertanian berorientasikan eksport dan komersial

·         Matlamat  -   untuk mendapatkan pendapatan eksport
                 -   untuk memperolehi tukaran wang asing

·         Bidang usaha yang berpotensi untuk dieksport – belimbing, manggis, jambu batu, petola segi, keledek, serai, orkid, kekwa dan ros

·         Masalah pemasaran:

-          Cukai import lebih tinggi
-          Persaingan dengan hasil serupa dengan keluaran negara pengimport
-          Kos penghantaran yang tinggi
-          Bentuk sekatan seperti peraturan kasihatan, keperluan sijil import dan keperluan pembungkusan


c.       Hubungkait pertanian dengan pelancongan

·         Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian
·         Contoh program agrotourism  seperti homestay, farmstay, hutan rekreasi dan kolam memancing ikan.
·         Kaedah untuk memajukan sektor agrotourism secara mengadakan ladang komersial, lebuhraya merentasi kawasan perladangan, muzium atau taman pertanian dan promosi melalui media massa.






d.      Hubungkait pertanian dengan landskap

·         Landskap          -  pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan

·         Perlandskapan  -  kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia

·         Tujuan  -  menghasilkan pemandangan yang menarik, nilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan
·         Contoh -  getah dan kelapa sawit ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu.


e.      Ladang kontrak

·         Perladangan yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal (pembeli/penyedia modah)

·         Tujuan -   mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian yang tetap

·         Faedah:

Pengusaha Pertanian
Pembeli
-          Tidak bimbang pemasaran hasil
-          Tidak memerlukan modal yang banyak bagi memulakan perusahaan
-          Mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain dari pembeli
-          Mendapat bekalan pada masa  ditetapkan
-          Mendapat bekalan pada harga dipersetujui
-          Mendapat bekalan mengikut kuantiti dan  kualiti yang ditetapkan

·         Contoh ladang kontrak  - ayam pedaging untuk restoran KFC, ikan keli dan siakap untuk restoran dan bunga untuk hotel


f.        Penggabungan ladang kecil

·         Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau ladang bersaiz besar seperti mini estet
·         Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
·         Mempastikan keberkesanan  penggunaan sumber sedia ada
·         Agensi pertanian seperti LPP membekalkan input pertanian dan pemasaran
·         Ahli menjaga dan menguruskan ladang mereka
·         Tujuan -    meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melalui   
                        pembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun.

g.      Perhutani

·         Maksud       -           Kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama
                                    -           Beberapa jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu                                          kawasan
·         Tujuan         -           memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber                                       pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal
·         Contoh – tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang

·         Manfaat integrasi pertanian dan perhutanan:
-          Mewujudkan ruang untuk gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian.
-          Mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah.
-          Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri pertanian.
-          Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama.
-          Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru.
-          Meningkatkan pendapatan dari pelaburan.



1.4     Isu Pertanian Di Malaysia         

a.      Produktiviti

·         Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang               maksimum.
·         Kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian:

                                       i.      Sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap
- input tidak digunakan dengan cekap seperti baja digunakan secara membazir 
  dan penggunaan tenaga buruh yang tinggi

                                     ii.      Daya pengeluaran yang rendah
- permintaan kelapa tinggi tetapi pengeluaran rendah
- hasil rendah kerana menggunakan benih atau baka tidak bermutu

                                    iii.      Saiz ladang terlalu kecil
- keluasan yang kecil menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang  
  ekonomikal
                        - hasil rendah

                                    iv.      Kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan
- petani kurang menggunakan teknologi moden
                        - cara meningkatkan produktiviti – pekebun kecil menggunakan klon-klon getah
                            baru, teknik penorehan ‘puncture tapping’ dan sistem pengairan moden dalam
                            penanaman sayur-sayuran.

                                      v.      Perubahan cuaca dan iklim
- kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti 

·         Langkah mengatasi kekangan produktivit/produktiviti rendah:

                                       i.      Ladang kelompok
-           ladang-ladang kecil digabungkan untuk memastikan keberkesanan            penggunaan sumber sedia ada.
            -           Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau mini estet
            -           Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi

                                     ii.      Perladangan campuran
-           menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan                                 penanaman.
                        -           dapat menambah pendapatan petani
contoh  :  menanam pisang dalam kebun kelapa atau kebun getah dan menanam koko dalam kebun kelapa sawit
                                    iii.      Penggunaan teknologi
-           kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman                  yang berkualiti  dan tahan penyakit dalam masa singkat.
-           guna jentera atau teknologi pengairan titisan dan percikan

                  iv.   Mengadakan program latihan dan bimbingan kepada petani.

b.      Ketidakstabilan harga

-     Pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran.
-     Hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil   
      pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat.
-     Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan petani.
-     Bekalan yang berlebihan juga menyebabkan ketidakstabilan harga.

-     Langkah mengatasi ketidakstabilan harga:
-          Memproses hasil tanaman seperti cili dijadikan sos
-          Agensi kerajaan membeli hasil yang berlebihan
-          Menghapuskan penggunaan orang tengah
-          Memperkenalkan harga minimum terjamin / harga siling
-          Mencari bahan alternatif baru untuk makanan ternakan


c.       Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru

·         Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian.
·         Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi

·         Cara mengatasi masalah penyebaran dan pengamalan teknologi baru :
-          mengadakan lawatan ke kebun
-          memberi penerangan, kursus dan bimbingan secara berterusan
-          penggunaan media massa secara meluas / kempen


d.      Pendidikan Dan Latihan

·         Melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif.
·         Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.

·         Cara mengatasi masalah kekurangan pendidikan dan latihan
-          menggiatkan aktivti latihan untuk petani
-          memperbanyakkan penyelidikan dan menggiatkan pengembangan
-          memperbanyakkan pusat latihan/institusi latihan pertanian


e.      Penghijrahan Penduduk

·         Hijrah dari desa ke bandar
·         Kerana faktor:
                                                   i.      Sosial – gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden
                                                 ii.      Ekonomi – pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian banyak risiko
·         Kesan penghijrahan – pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien 
 



·         Langkah mengatasi penghijrahan penduduk
-          membawa industri ke desa / buka kilang di desa
-          menggalakkan belia berkelulusan pertanian mengusahakan pertanian secara professional dan komersial

f.        Pencemaran Alam Sekitar

·         Punca pencemaran:
-          sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit
-          sisa toksik dari racun makhluk perosak
-          asap dari pembakaran
-          pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan
-          penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertanian
-          hakisan kawasan penanaman

·         Cara mengatasi pencemaran:
-          guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman
-          guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar
-          penguatkuasaan undang-undang
-          mengurangkan penggunaan racun perosak – rumah jaring kalis serangga, kawalan perosak bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik

g.      Kekurangan Buruh

·         Punca kekurangan buruh:
-          penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh asing dibawa masuk 
-          golongan muda berhijrah ke bandar
-          pendapatan kurang lumayan
-          pulangan pertanian rendah
-          perusahaan pertanian berisiko
-          perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar

·         Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh :
-          Penggunaan teknologi baru
-          Penggunaan mekanisasi ladang
-          Aplikasi  bioteknologi
-          Pertanian persis (tepat)
-          Gunakan tenaga buruh asing
-          Menyediakan suasana kerja yang menarik untuk menarik pekerja tempatan




1.5   Peranan institusi dalam pembangunan pertanian 


a.       Menyediakan infrastruktur
·         Sistem pengairan dan saliran, sistem jalan raya, sistem komunikasi, bekalan elektrik dan air
·         Institusi terlibat JPS, FELDA, RISDA, JKR, TNB



b.   Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
·         Meliputi pengeluaran, lepas tuai  dan aktiviti hiliran (pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan,pengangkutan)
·         Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, MCB, Guthri, Sime Darby 

c.   Memberi khidmat nasihat dan latihan
·         Lawatan dan latihan oleh agen pengembangan
·         Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, LPP,RISDA dll

d.    Menyediakan peluang pekerjaan
·         Penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, agen pemasaran dll
·         Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, LPP, dll

e.   Menyediakan bantuan kewangan
·         Perkhidmatan memberi kredit
·         Institusi terlibat seperti BPM, LPP, Jabatan Pertanian dll.

f.   Membuat penyeliaan
·         Menentukan prosedur dan undang-undang dipatuhi (penggunaan racun, pencegahan penyakit, pemeriksaan mutu hasil pertanian)
·         Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, MPOB, BERNAS, dll

g.   Membantu pemasaran hasil
·         Mendapatkan pembeli, menyediakan kemudahan pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran.
·         Institusi terlibat seperti FAMA, MARDEC, LTN, BERNAS dll.



Tiada ulasan: