Khamis, 2 September 2010

Sini Tempat Orang Gila Usahawan, Bukan Tempat Usahawan Gila!

Rupa-rupanya, ramai juga orang yang gila hendak menjadi usahawan ni. Saya ingat, saya seorang sahaja. Tak kisahlah, samada hendak menjadi usahawan kecil atau besar, janji niatnya hendak menjadi usahawan.
Ramai rakan-rakan saya masa bekerja dulu pun turut menggilai bidang ini. Malah kami sering meluangkan sedikit masa berborak-borak kat kedai mamak, berbincang apa projek yang boleh dibuat, walaupun masa itu kami sibuk dengan urusan kerja syarikat. Maka, ada di antara kami yang terus memulakan projek keusahawanan ini sambil bekerja, ada yang terus berhenti kerja untuk jadi usahawan dan ada juga yang masih berangan-angan hendak jadi usahawan sampai sekarang ini (saya akan kupas kenapa hal ini berlaku dalam artikel akan datang).
Baru-baru, ini saya berjumpa dengan seorang rakan di restoran mamak Syed Bistro, Puchong Perdana. Dia ni saya kategorikan juga sebagai orang gila usahawan. Mana tidaknya, beliau nekad berhenti kerja dari sebuah syarikat Berhad, yang terkenal di dalam bidang IT. Bila syarikatnya counter-offer  naikkan gajinya RM500 dia tetap tolak. Bukan itu saja, isteri dia pun turut meletak jawatan dari Hotel Palace of The Golden Horses. Memang saya hormat dengan kesungguhan dia. Siap nak buat “brain-storming session” dengan orang rumah dia di Port Dickson.  Muda lagi dia ni, tak sampai pun 30 tahun umur dia.
Itulah beberapa contoh orang yang gila bidang keusahawan. Sebenarnya banyak lagi di luar sana tu. Sangat banyak, yang juga akan saya kongsikan dengan anda di dalam blog ini. Manalah tahu, mungkin sedikit sebanyak boleh menjadi sumber inspirasi kepada anda, atau panduan kepada kita semua yang gila keusahawanan ni.
Jadi jika anda gila bidang keusahawan ini, sinilah tempat anda. Kita boleh berkongsi-kongsi maklumat di sini. Saya akan memaparkan beberapa artikel yang informatif sedari bidang pertanian hinggalah ke perusahaan. Dari bidang perniagaan peruncitan sehinggalah perniagaan franchise.
Saya juga akan berkongsi informasi tentang memulakan perniagaan di dalam shopping kompleks. Sebenarnya inilah bidang saya. Daripada perniagaan kiosks hinggalah cara membuka kedai di pusat membeli-belah.
Eeii,.. jangan perkecilkan perniagaan kiosks tau. Walaupun perniagaannya nampak kecil, untungnya lumayan. Ada yang dapat untung bersih hingga RM10,000 sebulan tau. Ada yang dapat lebih daripada itu pun ada. Anda tahu tak yang profit margin sesetengah barang yang mereka jual itu sehingga 600%? Ya!.. 600%,.. lebih pun ada. Apa barang tu? Mana nak cari? Macam mana nak berniaga kiosk? Apa produk yang menguntungkan? Sabar,.. tunggu artikel saya akan datang ye.
Saya juga akan menyentuh beberapa topik penting bagaimana hendak membuka dan menjalankan perniagaan di dalam pusat membeli-belah. Apa perkara yang anda MESTI anda tahu? Apa trend perniagaan yang stabil, yang boleh mengelakkan anda daripada kerugian? Bulan apa yang baik untuk membuka kedai anda? Anda juga perlu tahu tentang shopping centre rules and regulation, tenancy agreement dan banyak lagi.
Oh ya,.. satu tips yang saya ingin kongsikan sekarang juga kepada anda. Jangan terus ambil perniagaan franchise sebagai perniagaan anda, TANPA mengetahui trend semasa dan unjuran jualan bulanan untuk 6 bulan terakhir beberapa kedai franchise tersebut. Kenapa saya beriya-iya sangat highlightkan pasal franchise ni? Melalui pengalaman saya, ramai franchisee terus mengambil lesen franchise dari franchisor hanya kerana terpengaruh daripada “presentation” franchisor tersebut, bukannya kerana prospek keuntungan sebenar.  Akhirnya, franchisee pening kepala, untung tak seberapa atau mungkin rugi,.. nak bayar hutang lagi, yang untung franchisor jugak. Opps!!.. Mesti ada franchisor yang marah bila membaca artikel saya. Tapi itulah kenyataannya.
Juga saya akan kongsikan beberapa kisah kejayaan beberapa usahawan seperti sahabat saya “Mario”, usahawan penternakan dan “frozen food” (dah jutawan dia ni..), juga kisah sahabat saya seorang usahawan insurans, kisah usahawan bas persiaran, usahawan pusat tuisyen yang berjaya dan pelbagai lagi.
Jadi di Sini ialah Tempat Orang Gila Usahawan seperti ANDA dan SAYA. Kita boleh sama-sama berkongsi pengetahuan dan pengalaman kita di sini. Anda pun boleh hantar komen dan artikel anda untuk kita kongsikan dengan geng-geng gila usahawan yang lain.

Tiada ulasan: