Ahad, 20 Jun 2010

KEWANGAN KELUARGA

MENGURUS KEWANGAN DALAM RUMAHTANGGA

Tidak dinafikan, nilai kertas yang bercetak dan di tandatangan ini, amat bernilai di dalam kehidupan seharian. Malah ada orang yang sanggup melakukan apa sahaja sama ada pekerjaan halal atau haram asalkan mereka mempunyai duit di tangan. Realitinya, dalam kehidupan pada hari ini, duit sangat penting. Untuk bergerak ke sana atau ke mari, anda memerlukan duit. Untuk berbelanja membeli makan dan minum, anda juga perlukan duit. Pendek kata, duit sangat penting. Bagaimana fungsi duit dalam soal perhubungan? Perlukah anda menghabiskan kesemua wang gaji anda untuk membelanja pasangan? Atau perlukah anda berhabisan membelikannya sesuatu semata-mata untuk membuktikan bahawa anda benar-benar mencintainya.

Apa yang anda perlu tahu tentang "MENGURUS KEWANGAN' dalam sebuah perhubungan? Sama ada anda berkahwin atau menjalin hubungan cinta yang serius dengan wanita, tiada rahsia tentang soal duit apabila hal ini disentuh. Dunia hari ini adalah dunia yang materialistik, dunia yang penuh dengan duit. Tidak kira dipanggil ringgit atau sen, dengan adanya wang, kehidupan biasanya lebih gembira, berbunga-bunga dan amat ceria. Bagaimana kalau tiada wang? Cinta sahaja biasanya tidak dapat memenuhi kehendak lelaki mahu pun perempuan. Mereka tentunya tidak boleh hidup tanpa duit di tangan. Sekali pun adanya cinta, tetapi kalau tidak wang, semuanya tidak akan berlaku. Tidak hairanlah, ada yang sanggup menggadaikan maruah diri hanya kerana wang. Wang adalah kuasa! Justeru itu, bagaimana anda dan pasangan merancang tentang soal kewangan?

Adakah anda sahaja yang mengeluarkan belanja setiap kali keluar bersama? Atau anda berkongsi dengannya? Untuk mendapatkan kepastian tentang perkara ini, anda perlu berbincang dengan pasangan mengenai hal ini. Dalam setiap perhubungan, isu wang tidak perlu terlepas dari diperbualkan. Malah dari perbualan biasa, ia boleh menjadi sau topik hangat yang akhirnya mencetuskan pertengkaran. Ada kes di mana, bila soal duit dibangkitkan, biasanya pihak suami yang gagal menyediakan keperluan mencukupi akan merasatertekan. Ada juga rumah tangga yang bercerai berai hanya disebabkan masalah duit ini. Sebenarnya agak payah untuk berbicara soal duit kalau pasangan anda seorang yang sangat materialistik. Mereka yang bersikap begini, biasanya terlalu mementingkan kebendaan dan jarang memikirkan perasaan orang lain kecuali untuk kepuasan dirinya.


JADI APA PERLU ANDA LAKUKAN?

Bagi memastikan tidak timbul masalah antara anda dan pasangan, sebaiknya wujudkanlah tabungan bersama. Setiap bulan, baik anda dan pasangan, sama-sama mengeluarkan sedikit wang dan menyimpannya di dalam satu tabungan nama bersama. Apabila ada keperluan yang sangat-sangat mendesak, anda boleh keluarkannya dan membelanjakannya. Tapi jangan sesekali mengeluarkan belanja untuk berhibur atau membazirnya kepada perkara yang tiada faedah kerana ia akan hanya merugikan anda sahaja.

Tahukah anda, ada kalanya pasangan pernah melakukan kesilapan tentang soal duit. Mereka mungkin melaburnya dalam pasaran saham yang mana kemudiannya, saham itu mengalami kerugian. Mereka juga mungkin pernah memberi pinjaman kepada orang lain yang mana akhirnya ditipu. Justeru itu, kalau pasangan anda sudah melakukan kesilapan, jangan sesekali mengungkitnya lagi. Seba-liknya, bekerjasamalah dengan pasangan agar mereka merasakan diri mereka masih dihargai. Justeru itu, tabungan bersama sangat penting agar pasangan mereka penting.

Sebelum anda mengeluarkan belanja untuk kos yang agak besar dan tinggi, apa kata anda membincangkannya terlebih dahulu dengan pasangan. Ini sangat penting kerana ada kalanya apa yang anda fikirkan penting itu mungkin boleh ditangguhkan dahulu pembeliannya untuk pembelian barangan yang lebih penting. Barangan keperluan asas seperti televisyen, mesin basuh, pembersih hampa gas dan sebagainya mungkin agak penting dan ia mesti ada tetapi kalau yang lain, anda mungkin boleh menangguhkannya dahulu.

Tanggungjawab pada kewangan

Seseorang itu mesti bertanggungjawab kepada soal mengurus kewangan nya. Ini kerana pada hari ini, soal wang sangat penting dan ia tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. Justeru itu berbelanjalah dengan berhemah dan jangan membazir.

Tiada ulasan: