Sabtu, 20 Mac 2010

MULAKAN PROJEK CENDAWAN

Persediaan Bagi Memulakan Projek Cendawan


RAMAI daripada kita merupakan penggemar cendawan, sayur yang unik tetapi mempunyai banyak khasiat. Tahukah kita bahawa jumlah cendawan yang dimakan oleh rakyat Malaysia ialah 324 gram seorang setahun atau jumlah yang diperlukan ialah 8,100 tan setahun. Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan pengeluaran cendawan negara pada masa ini iaitu sebanyak 5,500 tan.
..
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk meningkatkan pengambilan cendawan rakyat Malaysia dari 324 gram setahun kepada dua kilogram setahun. Ini memerlukan peningkatan pengeluaran cendawan kepada 50,000 tan setahun.
..Jawapan kepada masalah tersebut ialah perlunya industri tanaman cendawan diperhebatkan, sekali gus menjana pengeluaran yang mencukupi pada masa akan datang. Seperti juga tanaman lain, industri tanaman cendawan juga mengalami evolusi teknologi dan berdasarkan catatan, pada 1960- an cendawan ditanam pada batang kayu terutama jenis shiitake dan telinga kera.
..
Sedekad kemudian, kaedah baru digunakan iaitu penggunaan jerami padi sebagai media tanaman sebelum penggunaan hampas kapas pada tahun 1980-an. Itu cerita dalam tempoh tiga dekat tetapi suntikan teknologi kini menjadikan tanaman cendawan diusahakan secara komersial dan berteknologi tinggi.
..Kaedah terkini ialah menanam cendawan menggunakan habuk kayu dalam polibeg atau beg media. Setengah pengusaha kini mampu menghasilkan benih sendiri dengan penggunaan kaedah bioteknologi tetapi kosnya lebih tinggi. ...
....
Persediaan Bagi Memulakan Projek Cendawan

1. Minat dan pengetahuan mengenai teknologi
..
● mempunyai minat dalam penanaman cendawan
● tahu teknologi terkini
● tahu jenis cendawan yang hendak ditanam
● tahu keperluan asas jenis cendawan yang hendak ditanam
..2. Tapak/ Lokasi Projek
..
● pastikan di mana lokasi projek yang sesuai
● keperluan bangunan
● maklumkan kepada pejabat Pertanian Daerah terdekat
..3. Pembekal Peralatan dan Bahan
..
● Pastikan peralatan dan bahan yang perlu
● Dapatkan senarai pembekal yang terdekat
..4. Sumber Kewangan
..
● Kewangan penting untuk membangunkan projek
● Modal sendiri atau perlukan pinjaman
● Ambil tahu dan ambil peluang insentif kerajaan
..
5. Pemasaran
..
● Kaji keperluan dan permintaan cendawan semasa
● Dapatkan saluran pemasaran yang termudah
● Fikirkan bidang industri asas tani untuk cendawan yang ditanam
..
Sebagai usahawan dan juga bakal pengusaha cendawan, rancangan perniagaan yang lengkap dan berkesan menjadi satu kewajipan apabila ingin memulakan projek cendawan. Dalam rancangan perniagaan itu, perlu dimasukkan kelima-lima elemen yang disebutkan di atas. Kejayaan projek cendawan dan bisnes nanti bergantung kepada bagaimana kita mengendalikan pihak pengurusan dan sumber-sumber yang ada. Selamat maju jaya!

Khamis, Januari 31, 2008

Pengenalan Kepada Industri Cendawan

..
Cendawan adalah sejenis organisma hidup yang telah divariasikan dalam industri asas tani sebagai bahan makanan dan perubatan seperti produk kesihatan, produk penjagaan diri dan makanan ringan.
....Cendawan juga boleh dikaitkan dalam industri bioteknologi kerana teknologi yang berkaitan dengan cendawan telah diusahakan untuk mendapatkan produk yang lebih bernilai, berkualiti atau mendatangkan kebaikan kepada pengguna.
..Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Pada masa dahulu , kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk tujuan perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula didalam darah, menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.
....Secara umumnya, ia boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayuran. Selain itu, pada masa sekarang sesetengah jenis cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna memperolehi manfaat kesihatananya kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.
..
..Penanaman Cendawan Mempunyai Potensi Yang Baik Kerana:
  • Cendawan segar masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan tempatan
  • Pengeluaran cendawan perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan pengimportan makanan negara
  • Peranan cendawan sebagai tanaman jangka pendek bukan sahaja dapat mengurangkan kadar import negara tetapi juga dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada petani / syarikat / usahawan terlibat
NOTA CG : Potensi penanaman cendawan amat besar untuk dikembangkan pada masa kini dan peluang untuk memperolehi pendapatan lumayan hasil daripada CENDAWAN tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Ada pelbagai produk berasaskan cendawan boleh ditawarkan dan hanya dihadkan oleh daya imaginasi serta kreativiti anda sahaja. Segalanya terletak di tangan anda.

Rabu, Oktober 24, 2007

Pengusaha cendawan di Malaysia (Tahun 2005)

NEGERI ...........BIL. PENGUSAHA ..........HASIL(kg/tahun)Johor .................... 28 ......................944,508
Melaka ................... 1 .......................1,200
N.Sembilan .............. 7 .......................23,760
Selangor ................. 18 ......................368,520
Perak .................... 9 .......................87,480
P.Pinang ................ 5 ....................... 30,000
Kedah .................... 5 .......................18,000
Kelantan ................. 2 ....................... 27,000
Terengganu ............. 5 ....................... 1,440
Pahang ................... 7 ....................... 15,195
Sabah .................... 3 ...........................-
Sarawak ................. 1 ...........................-
Jumlah ................. 91 .......................1,517,103

Mengikut rekod Jabatan Pertanian, sehingga tahun 2005, seramai 91 orang pengusaha cendawan telah mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian. Informasi daripada Persatuan Penyelidik Cendawan Malaysia pula melaporkan bahawa sehingga tahun 2005, purata jumlah pengeluaran cendawan di Malaysia telah mencecah sebanyak 5,475 tan/tahun atau 15 tan /hari yang melibatkan seramai 131 orang pengusaha cendawan.
..
Nota : Walaupun data tersebut adalah dua tahun lepas tapi sekurang-kurangnya boleh digunakan sebagai panduan untuk memulakan perusahaan ini kerana potensinya masih besar. Terpulang kepada anda untuk menggunakan peluang ini sebaiknya.

Jumaat, September 28, 2007

Kajian Pasaran Cendawan

Perusahaan cendawan adalah satu perniagaan yang serius dan berpotensi besar, maka salah satu faktor kejayaan ialah dengan melakukan kajian pasaran terlebih dahulu tentang potensinya. Matlamat penilaian pasaran adalah untuk menjangka jumlah jualan dan pendapatan kasar daripadanya serta menganalisa potensi keuntungan dan aliran tunai, juga bagi mengumpul maklumat berkaitan potensi pembeli dan juga pesaing (membantu dalam membangunkan strategi pemasaran kelak).
..
Banyak cendawan yang berpotensi untuk ditanam, namun pasarannya, walau sedang berkembang, masih terhad dan memerlukan banyak usaha kita sendiri untuk berjaya. Sekiranya anda berfikir dan merancang untuk memulakan perusahaan penanaman cendawan secara komersil, bermula dengan persoalan ini: Kepada siapa anda ingin jual?
..
Anda tidak akan memperolehi sebarang pendapatan di dalam sebarang bisnes jika anda tidak mempunyai pembeli kepada produk anda. Kaji siapa yang akan membeli cendawan anda, jenis yang bagaimana yang mereka mahu dan di mana mereka akan beli. Anda perlu kaji dengan lebih lanjut permintaan ke atas setiap spesis cendawan atau produk daripada cendawan tersebut - juga tempat yang ia akan dipasarkan, sebelum terjun secara besar-besaran beserta modal dan sepenuh tenaga dalam perusahaan ini.

Semak situasi semasa di kawasan anda. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menjalankan pemerhatian ke atas gelagat pembeli, survey ke atas kebanyakan kedai-kedai, temu ramah dengan penanam cendawan, dan juga test market (sekiranya anda sudah ada produk yang sedia diuji kaji). Satu lagi cara kajian pasaran ialah dengan menilai pesaing-pesaing anda. Ini akan membantu anda menentukan apakah pasaran yang sedia wujud dan mengenal pasti keperluan baru / niche yang boleh anda penuhi melalui produk anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pesaing anda, gunakan produk mereka. Bercakap dengan mereka. Anda akan terkejut berapa banyak maklumat yang mereka akan kongsi dengan anda.

Jumaat, September 21, 2007

Kaji Selidik Tentang Cendawan

Cendawan merupakan tanaman sayuran yang paling unik dan cerita mengenainya merupakan subjek yang paling menarik dalam bidang pertanian.

Hari ini merupakan hari terakhir kaji selidik tentang maklumat yang paling ingin diketahui oleh peminat dan mereka yang bercadang mengusahakan bisnes cendawan. Diharapkan pengunjung Cendawan Global boleh memberikan sedikit sebanyak maklum balas. Cheers!

Jumaat, September 14, 2007

Faktor Utama Penanaman Cendawan Komersil

Berikut adalah antara sebab utama mengapa semakin ramai pengusaha menceburi bidang penanaman cendawan di Malaysia:
  • Kandungan nutrient pemakanan yang tinggi
  • Keuntungan tinggi dalam jangka masa pendek
  • Potensi pemasaran
  • Kos pengeluaran yang rendah. Bahan buangan pertanian.
Melalui kajian yang dibuat, prospek industri cendawan di Malaysia adalah cerah dari aspek berikut:
1) Penanaman Cendawan dan Aktiviti Hiliran Serta Industri Asas Tani

    Trend makanan dan peningkatan permintaan iaitu : Jumlah cendawan dimakan oleh rakyat Malaysia = 324 gm/kapita/tahun. Cendawan diperlukan = 8,100 tan. Pengeluaran cendawan masa kini = 5,500 tan. Defisit pengeluaran = 2,600 tan (tahun 2004).
    2) Peningkatan Penggunaan Cendawan
Pengambilan ayam oleh orang Malaysia = 3.5kg/tahun. Sasaran meningkatkan pengambilan cendawan oleh orang Malaysia kepada 2kg/tahun. Ini meningkatkan pengeluaran cendawan kepada 50,000 tan/tahun.
  • Masa depan industri cendawan cerah kerana permintaan yang tinggi dan pengguna yang berkemampuan.
  • Malaysia kaya dengan bahan-bahan substrat / biomass (proses sisa industri kelapa sawit, jerami padi, dan cuaca yang sesuai.
  • Polisi kerajaan menjalankan penyelidikan bioteknololgi, termasuk bidang cendawan yang telah disahut oleh UM, adanya pelan BOT dan insentif-insentif daripada pelbagai jabatan dan organisasi kerajaan Malaysia.

Tiada ulasan: