Gelang Patah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di selatan
Johor Bahru, Johor berhampiran Selat Tebrau. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan
Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh "
otak-otak Gelang Patah", sejenis makanan yang popular di Johor. Antara tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan
Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan
Pelabuhan Tanjung Pelepas. Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura.
Nama Gelang Patah dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu ketikamana kawasan Gelang Patah ini masih sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah tiba di kawasan Gelang Patah, kemudian
gelang yang dipakainya telah terjatuh ke dalam lautan. Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihan itu. Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan mmbawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang, gelang itu patah secara tiba tibanya, lalu lantas permaisuri kembali bersedih keran merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu. Dan terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama "Gelang Patah" sebagai tanda ingatan.
[perlu rujukan]
[sunting] Taman perumahan dan kampung
- Taman Nusa Perintis 1, 2, 3
- Taman Nusa Perdana, Taman Syed Idrus
- Taman Gelang Emas, Taman Nusantara
- Taman Mas
- Kampung Tiram Duku, Pekajang
- Kampung Melayu, Tg Adang, Tg Pelepas, Tg Kupang
- Kampung Ladang, Kampung Ladang Darat, Kampung bukit tempurung
- Kampung jawa, Kampung Pok, Kampung Pendas Laut, Kampung ulu pulai
- Kampung dapur arang, Kampung simpang arang
- SJKC Ming Terk, Tmn Nusa Perintis
- SMK Gelang Patah, Tg Adang, Bukit kucing(C.I.Q)
- SRK Gelang Patah, Bukit Tempurung, Tanjung Kupang, Murni Pok, Pekajang, Tmn Nusa Perintis, Bukit Kucing(C.I.Q), Desa Paya Mengkuang
- SJKT Bukit Tempurung
[sunting] Wakil politik
Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Tan Ah Eng (BN) mengekalkan kerusi parlimennya P162 Gelang Patah.
- Jumlah pengundi: 78,676
- Peratusan kaum: M: 33.54% C: 54.06% I: 12.22%
- Tan Ah Eng (BN) (33,630) menewaskan Dr. Zaleha Mustafa (PKR) (24,779) dengan majoriti 8,851.
- Jumlah undi: 60,653
- Peratus mengundi: 77.09%
- Undi rosak: 2,244
- Penyandang: Tan Ah Eng (BN) (majoriti: 31,666 undi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan