Bas tua boleh beroperasi - LPKP lanjut tempoh had usia 30 tahun bas sekolah lama

WALAUPUN LPKP mewajibkan pengusaha bas sekolah berusia 30 tahun beroperasi namun mereka perlu melakukan pemeriksaan secara berkala di Puspakom.
KUALA LUMPUR - Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bersetuju untuk melanjutkan had usia kenderaan bas sekolah daripada 20 tahun kepada 30 tahun berkuatkuasa 1 Januari 2010.
Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, berikutan itu, LPKP mewajibkan pengusaha bas sekolah sentiasa melakukan pemeriksaan kenderaan secara berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi memastikan keadaan fizikal bas adalah baik dan menjamin keselamatan penumpang.
![]() |
KERATAN Kosmo! 11 Disember. |
"Pelanjutan had usia ini diharap dapat memberi peluang kepada pengusaha bas yang mempunyai kenderaan berusia lebih daripada 20 tahun untuk terus beroperasi dan memastikan perkhidmatan kepada pelajar sekolah dapat disediakan.
"Ia juga dapat membantu pengusaha bas sekolah mendapatkan pulangan sewajarnya," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Bagaimanapun penetapan had usia itu tertakluk kepada kelulusan Puspakom.
Menurut Halimah, bagi permohonan lesen baru dan ganti kenderaan, had usia kenderaan yang dilesenkan hendaklah tidak melebihi 20 tahun daripada tarikh pendaftaran kenderaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan