Selasa, 4 Ogos 2009

AYAM KAMPUNG

Projek ayam kampung ni dah lama rancang nak buat...cuma kesuntukkan masa ditambah pulak banyak kerja yang sedia ada yang tek pernah ada penghujungnya..pengalaman tak banyak cuma hasil pemerhatian di kampung...ayam yang dipelihara oleh emak saya..nampak mudah dan tak banyak masalah besar..cuma masalah serangan musang(sebelah malam) , biawak, tikus (makan anak) dan monyet (curi telur).
Perancangan awal nak mula 100 ekor ayam (beli induk dari kawsan sekitar kampung) .....projek buat kat tanah emak saya (dah minta izin) ....sistem kurung (reban ambil contoh IKTA JB) ....dah kenal pasti tapak nak buat reban (saiz 24' x 12' peregi).. nak mula bersih kawasan sabtu ni (8 ogos 2009)....harap-harap cuaca baik dan tak ada masalah lain. Modal sendiri dan buat sendiri (boleh tukang sikit-sikit)....nak upah modal congak-congak tak berapa cukup....budget kecik.
Sebenarnya ni bukan projek pertama yang saya nak cuba buat...macam-macam dah buat..tapi yang sedang dibuat sekarang ni projek keli dan tilapia... baru lagi...ingat nak pelbagaikan...akan datang mungkin lepas ayam kampung..saya cadang nak tanam kelapa pandan (1 ekar)...kebun bapak saya (dah minta izin) sekarang ni terbiar tak ada siapa nak usahakan...adik-beradik lain duduk jauh...saya yang paling dekat (depan rumah)...emak & bapak saya memang galakkan buat projek ni sebab dah kebetulan duduk kampung...tanah pun ada sikit.

Tiada ulasan: