Khamis, 26 Januari 2012

Pau




BAHAN-BAHAN:
  • 240 g tepung Hong Kong (Tepung pau)
  • 1 tsp Double Acting Baking Powder + 1/2 s/t garam
  • 1 tsp yis
  • 25 gm shortening
  • 100 ml air suam *
  • 30 g gula halus *
  • 1/2 tsp cuka *
CARA-CARA :
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur.
  2. Gaul ramas hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
  3. Campurkan bahan yang bertanda *
  4. Masukkan air yang bercampur dengan cuka dan gula.
  5. Adun hingga menjadi doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan boleh juga gunakan BM, caranya masukkan semua bahan doh kedalam BM, pilih setting Dough dan 'ON').
  6. Perap doh selama 45 minit.
  7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang angin.
  8. Bahagi kepada 10 bahagian berat lebihkurang 35gm tiap satu, bulat2kan.
  9. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tangan, sudukan inti dan cantum doh sehingga menutupi inti. (akak letak inti kacang merah)
  10. Letak pau diatas sekeping kertas (2 inci x 2 inci) . Buat hingga habis dan susun dalam kukusan.
  11. Perap pau lebih kurang 20 minit.
  12. Panaskan periuk pengukus dan kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit.
  13. Angkat dan sejukkan.(Saya angkat loyang kukus bersama penutupnya sekali....biarkan 5 minit, barulah di buka penutup kukusan.....kelihatan semua pau cantik....takde yg kecut....)

pau sambal

Bahan-bahan
  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/ butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu suam, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit (tpng yg selebihnya tadi) sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.. Bahagikan doh kepada 20 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh dan leperkan sedikit.
  4. Tutup pau dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  5. Panaskan minyak. Goreng pau dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  6. Toskan minyak. Bila pau dah sejuk, bolehlah belah di tengah dan isikan dngn sambal tumis dan hirisan timun.

PAU RESEPI KAK YATIE



Bahan-bahan ( 20-24 biji )
  • 500 gm tepung Hong Kong (3 3/4 cwn rata, 10 g=1sb rata)- ayak
  • 50 gm gula halus (3 1/2 sb rata)
  • 250 ml air suam- saya tambah 1 sudu kecil pandan emulco, kalau nak hijau lagi tmbh pewarna
  • 2 sk yis segera
  • 2 sk double acting baking powder
  • 1 sk garam halus
  • 40 mg crisco / shortening (3 sb rata)
  • secukup inti ayam atau ayam BQQ- saya buat inti kelapa
Cara-cara
  1. Satukan air suam,gula,garam,yis,baking powder dlm mangkuk mixer dan kacau rata lalu masukkan tepung dan diuli dgn hook beater hingga rata dan masukkan crisco dan putar lagi sehingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Sekiranya adunan masih melekit,tambah tepung dan uli terus.Tutup mangkuk mixer dgn plastik dan perap doh selama 30 minit.
  2. Ambil sedikit adunan (akak timbang 40 g dan dapat 24 biji) dan dibulat2kan hingga habis.Leperkan bebola doh dan isi inti pilihan dan bentukkan bulat semula(diponjot atasnye) ikut krativiti masing2.Alas setiap pau dgn kertas kuih yg digunting bulat atau potongan daun pisang.Susun di dlm loyang dan jarakkan dan biar naik 2 kali ganda.
  3. Kukus pau selama 10 minit atau sehingga masak dlm kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu.

PETUA BUAT PAU

Antara petua-petua membuat pau ini ialah :1. Gunakan tepung pau kerana lebih putih .Pau akan jadi lembut dan kenyal.
2. Setelah diadun menjadi doh hendaklah diuli dengan tangan selama 15 minit hingga doh lembut. Jika guna mesin lebih baik.
3. Rehatkan doh selama lebihkurang 45 minit agar ia naik 3 x ganda.
4. Tumbuk doh bagi keluarkan angin dan boleh dicanai.
5. Setelah diisikan inti, rehatkan lagi doh 20 minit hingga ia naik 2 x ganda.
6. Air hendaklah mendidih baru masukkan pau.
7. Boleh gunakan pengukus aluminium atau pengukus buluh.
8. Pau yang telah dibentuk disusun dalam dulang kecil yang muat dimasukkan dalam pengukus.
9. Lapik penutup kukus dengan kain nipis agar air tak menitik.
10. Kukus pau selama 15 minit dengan api besar.
11. Simpan pau yang telah sejuk dalam bekas bertutup agar tidak kering.
12. Pau yang telah sejuk boleh dikukus semula dan menjadi lembut semula.

Jana Pendapatan RM1,500 Sehari Jual Pau

January 3rd, 2012 0 Comments
Jana Pendapatan RM1,500 Sehari Jual Pau
Melihat potensi pernia­gaan pau yang mampu menjana pendapatan lumayan kerana kurangnya persaingan­ dalam pasaran jualan pau di kalangan peniaga milik Bumiputera, memberi peluang kepada Hamidah Idris, 44, memulakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rumah.
Menurut Hamidah, de­ngan bermodalkan RM10,000, dia membeli kelengkapan perniagaan seperti mesin uli, bekas, dan peralatan memasak serta bahan-bahan lain membuat pau, berjenama Pau Power yang kini boleh menjana pendapatan­ sehingga RM25,000 sebulan.
Katanya, Pau Power sudah dikenali ramai sejak tiga tahun lalu di sekitar Shah Alam termasuk di pasar malam Seksyen 18, Seksyen 7, Kinrara dan Damansara selain boleh didapati di pasar malam seperti di Puncak Alam dan Subang menerusi pengedar.
“Pengeluaran pau boleh dihasilkan sehingga melebihi 1,000 biji sehari yang turut dibantu tiga kakitangan dan ahli keluarga.
“Manakala, jualan pau boleh dijual sehingga 700 biji di pasar malam dan 300 biji lagi menerusi jualan di rumah dengan jumlah purata pendapatan RM1,500 sehari,” katanya yang ditemui di rumahnya, di Seksyen 18, Shah Alam.
Menurutnya, Pau Power mempunyai lapan jenis seperti kacang hitam, kaya, ayam kari dan sardin. Manakala, pau ikan bilis, coklat dan strawberi merupakan antara pau terbaru diperkenalkan pada pertengahan­ 2011.
Katanya, berikutan permintaan dan sambutan yang semakin meningkat, Pau Power bakal memperkenalkan keluaran perisa baru iaitu pau daging awal tahun ini.
“Selain itu, kami juga dalam perancangan membuka sebuah kedai Pau Power di sekitar Shah Alam pada masa akan datang. Saya turut berniat menambah menu jualan seperti laksa,” katanya.

kuih pau


Bahan-bahan untuk doh ( 10 biji )

240 g tepung "Hong Kong", (guna tepung pau pun ok)
1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)

Cara-cara buat doh

1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.

2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat-bulatkan. Ambil sebiji doh dan leperkan di atas tapak tangan, sudukan inti yg telah sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat-bulatkan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg telah disapu dengan lemak sayur.

3. Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.

4. Kukus pau tadi di atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.

Note: Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting untuk doh. Masukkan kesemua bahan dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.


Bahan-bahan untuk inti manis

2 cawan kelapa parut
1 cawan gula merah (boleh kurang atau tambah mengikut citarasa masing-masing)

Cara-cara buat inti manis

1. Masak gula dengan sedikit air.
2. Bila semua gula telah larut dan mendidih, tapis.
3. Masak semula air gula tersebut di atas api dan masukkan kelapa parut.
4. Kacau inti sehingga benar-benar kering.
5. Kalau suka bolehlah masukkan sedikit tepung gandum untuk menjadikan inti kenyal dan melekat.

Rabu, 18 Januari 2012

Tut Dan Pemangkasan

 1.  Cantuman dan pemangkasan pokok limau
 2.  Kaedah tut, cantuman baji, dan
 3.  Pemangkasan / cantasan pokok 

 






 
1.  PANDUAN CANTUMAN DAN PEMANGKASAN POKOK LIMAU

Proses penyediaan bahan tanaman cara cantuman adalah seperti berikut:-
  • Pemilihan Baka Pokok Penanti
    Pokok penanti yang sesuai digunakan untuk cantuman limau ialah jenis Troyer citrange, Cleopatra dan Rangpur lime.  Pokok penanti yang dipilih hendaklah tahan kepada penyakit utama seperti tristeza dan phythopthora, mudah dibiak sesuai untuk beberapa jenis tanah dan sesuai dicantum dengan limau yang hendak dibiakkan.
     
  • Pemilihan Matatunas
    Matatunas mesti diambil daripada pokok yang subur dan bebas daripada segala penyakit terutama virus dan greening.  Ranting sebesar batang pensil dengan tunas-tunas dorman di celah ketiak daun dipilih.  Mata tunas seelok-eloknya digunakan segera selepas dipotong.
     
  • Kaedah Cantuman
    Kaedah cantuman yang disyorkan ialah cantuan tunas kepingan, cantuman tunas T, cantuman tunas serpihan dan cantuman tunas baji sisi.
     
  • Cantuman Tunas Kepingan (patch budding)
    Cara ini merupakan satu daripada cantuman yang paling biasa digunakan untuk limau dan buah-buahan tropika lain.  Dengan teknik ini, pokok penanti dan matatunas yang digunakan hendaklah sama garis pusat dan umurnya.  Cara mencantum adalah dengan memotong kepingan berbentuk empat persegi bujur pada pokok penanti.  Bekas potongan itu dilekatkan dengan kepingan matatunas yang sama saiznya.
     
  • Cantuman Tunas T/Cantuman Tunas T Terbalik/Cantuman Tunas Perisai
    Cara ini adalah antara teknik cantuman yang biasa digunakan untuk limau.  Ia terhad kepada penanti berukuran 0.6-2.5 cm garis pusat, kerana pada peringkat ini pokok sedang tumbuh dengan aktif dan kulit kayu mudah dipisahkan dari kayunya.

    Untuk cantuman T pokok penanti dituris melintang dan ke bawah hingga membentuk T.  Semasa menuris ke bawah mengguna pisau, kulit batang dibuka sedikit.  Satu kepingan matatunas yang elok dipotong dengan pisau yang tajam.  Kepingan matatunas ini ditolak ke bawah dua keping kulit yang telah terbuka pada pokok penanti.

    Untuk cantuman T terbalik pokok penanti dituris berbentuk T-terbalik iaitu turisan melintang di bawah turisan menegak.  Semasa menuris melintang, pisau dipusingkan ke atas sedikit supaya turisan melintang dan melengkong sedikit.
     
  • Cantuman Tunas Serpihan (Chip budding)
    Cantuman ini dilakukan dengan membuat satu turisan yang sama pada pokok penanti dan matatunas.   Turisan pertama dibuat disisi pokok penanti, manakala turisan kedua dibuat memanjang ke bawah kira-kira 2.5 cm panjangnya hingga bertemu turisan pertama.  Bagi keratan matatunas pula satu turisan melintang dibuat kira-kira 1 cm di bawah matatunas.  Ini diikuti dengan satu lagi turisan 2.5 cm di atas matatunas hingga ke bawah bertemu dengan turisan pertama.  Kepingan ini dicantum ke bahagian pokok penanti yang dipotong.
     
  • Cantuman Tunas Baji Sisi
    Serpihan mata tunas disediakan dengan membuat dua potongan yang sendeng, potongan A lebih panjang sedikit daripada potongan B.  Kedua-dua potongan bertemu di bawah mata tunas.  Potongan A dibuat di sebelah batang yang leper untuk mendedahkan kambium.  Lepas ini serpihan ini dimasukkan ke pokok penanti yang telah siap dituris.  Cantuman biasanya dibuat pada ketinggian 25-30 cm. dari paras tanah

    Anak benih di tapak semaian perlu dijaga dengan rapi.  Anak benih perlu disiram 1-2 kali sehari mengikut keadaan cuaca, dibaja dan dibuat kawalan serangga dan penyakit dari masa ke masa mengikut keperluan.  Baja foliar boleh digunakan sebagai baja tambahan jika pertumbuhan pokok kurang subur.  Selepas 2-3 bulan pokok cantuman boleh dipindah ke ladang.

     

     
2.  KAEDAH TUT DAN KAEDAH CANTUMAN BAJI CIKU
Kaedah tut biasa digunakan kerana tekniknya mudah dan pokoknya cepat berbuah.  Kelemahan kaedah ini adalah bahan tanaman daripada satu pokok induk tidak banyak diperolehi.  Pokok tut mudah tumbang terutama jika ditanam di kawasan yang mengalami angin kencang.
Cara Membuat Tut
Pucuk yang sihat mempunyai saiz dahan berukuran garispusat 1.0-1.2 cm dipilih untuk ditutkan.  Satu lingkaran kira-kira 2 cm panjang dibuat pada batang pucuk.  Lingkaran tersebut dibiarkan 1-2 minggu.  Sedikit hormon seperti Seradix No. 2 disapukan pada lingkaran ini.  Kepalan tanah disediakan dengan menggunakan campuran tanah atas dan tahi lembu dengan kadar 2:1.  Campuran ini ditambah sedikit air sehingga boleh dikepal.  Bahagian batang yang dilingkarkan dibalut dengan kepalan tanah dan seterusnya dibungkus dengan plastik dan diikat.  Dahan akan mengeluarkan akar dalam masa 4-6 bulan.  Dahan yang telah berakar ini boleh dipotong dan ditanam di dalam politen beg yang berisi tanah campuran iaitu tanah atas, pasir dan bahan organan dengan kadar 3:2:1.
Pokok tut ini disimpan selama 2-3 bulan di bawah rumah lindungan sebelum dialih ke ladang.  Penyiraman dilakukan sekali sehari dan pastikan tanah di dalam politen beg tidak terlalu basah atau bertakung air.  Proses penyediaan bahan tanaman ini memakan masa 7-10 bulan. 
Kaedah Cantuman Baji
Kaedah penemuan baru dalam pembiakan ciku. 
  • Penyediaan pokok penanti:

    Biji benih matang disemai di dalam kotak semaian berpasir.  Percambahan bermula 3-4 minggu.  Anak benih yang mempunyai 2 helai daun dialih ke dalam beg plastik bersaiz 20 cm x 30 cm berisi tanah campuran 3:2:1 (tanah atas: pasir : baja organan).

    Pokok penanti yang sesuai dicantum setelah berumur 10 bulan atau  15 cm tinggi.  Bahagian pucuknya dipotong dengan menggunakan pisau cukur sepanjang 8-10 cm dari pangkal pokok.  Pastikan bahagian pucuk yang tinggal masih berwarna hijau.  Kemudian batang pokok penanti dibelah dua sepanjang 2 cm dengan pisau cukur tadi.
     
  • Penyediaan tunas pucuk:

    Pucuk yang sihat berukuran 8-10 cm panjang berwarna hijau keperangan dan berdaun daripada klon terpilih sebagai sion.  Pucuk direndam di dalam larutan hormon seperti Pantas atau Indole Butyric Acid selama 10-15 minit dan dikeringkan dengan kain bersih.  Dengan menggunakan pisau nipis, pangkal pucuk dipotong berbentuk baji atau V.  Permukaan yang dipotong hendaklah rata dan licin serta berukuran kira-kira 2 cm panjang.  Daun-daun dikerat separuh.
     
  • Penyisipan pucuk sion ke pokok penanti

    Pucuk akan disisipkan pada pokok penanti yang telah dibelah dengan kemas.  Cantuman ini diikat tali rafia yang halus.  Pokok yang telah dicantum ditutup dengan sarong plastik dan diletakkan di bawah lindungan.  Beg plastik ini boleh ditanggalkan selepas didapati pucuk baru keluar pada tunas atau 1 bulan selepas cantuman.  Ikatan tali boleh dibukakan selepas 1 1/2 hingga 2 bulan atau apabila didapati percantuman antara tunas pucuk sion dan pokok penanti telah kukuh.  Anak cantuman baji yang telah berjaya boleh dialih ke ladang setelah berukur 5-6 bulan.
     
     KAEDAH CANTUMAN T
     









































 


 KAEDAH CANTUMAN T TERBALIK

 



 KAEDAH CANTUMAN TUNAS SERPIHAN

 

  KAEDAH CANTUMAN TUNAS BAJI SISI

 


  KAEDAH CANTUMAN BIASA

3.  KAEDAH PEMANGKASAN POKOK (CANTAS)

Pemangkasan adalah penting bagi membentuk pokok menjadi  seimbang dan tidak terlalu tinggi supaya mudah diurus ia juga dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dan berkualiti. Terdapat tiga jenis cantasan iaitu:-

  • Cantasan Bentuk

    Pokok dibiarkan tumbuh dengan satu batang utama setinggi 1.5 m.  Di awal musim hujan, batang utama dipangkas pada paras 1m untuk menggalakkan pengeluaran cabang.  Batang pokok diikat pada kayu pancang supaya pokok tumbuh tegak.  Beberapa tunas akan tumbuh di batang utama.  Pilih empat batang yang agak teguh dan seimbang dan buang yang selebihnya.  Tunas-tunas tadi dibiar tumbuh menjadi cabang pertama dan seterusnya membentu batang pokok.

    Apabila kesemua empat cabang pertama telah mencapai 1.5 m panjang, ia dicantas semula pada jarak 1m dari batang utama.  Tunas-tunas baru akan tumbuh dan pilih tunas-tunas yang menghala keluar untuk disimpan.  Gunting tunas yang tumbuh menghala ke arah dalam pokok untuk memberi bentuk pokok 'terbuka tengah'.  Bentuk pokok yang seimbang dengan ruang dahan utama yang lapang akan mendapat pengudaraan dan cahaya matahari yang mencukupi.  Ini akan menjamin pertumbuhan pokok yang sihat.  Pemangkasan keseluruhan masih perlu diteruskan dua kali setahun sehingga pokok menghasilkan buah.  Tunas-tunas air serta dahan berpenyakit dan cedera hendaklah digunting.
  • Cantasan Penjagaan (pokok dewasa)

    Pemangkasan seterusnya dibuat selepas pengeluaran hasil pertama.  Potong dahan-dahan yang melentur serta mencecah tanah dengan menggunakan gunting atau gergaji pangkas.  Gunting semua tunas air serta dahan yang menegak ke atas dan yang tumbuh menghala ke dalam pokok.  Potongan hendaklah dibuat rapat ke dahan.  Buang dahan-dahan yang mati dan berpenyakit hingga tanda-tanda mati atau penyakit tiada kelihatan pada dahan tersebut.  Kemudian sapukan cat ke atas keratan tersebut untuk mengelakkan jangkitan merebak. 
  • Pemangkasan Bunga dan Buah

    Pada keadaan terentu, pemangkasan bunga dan buah dilakukan untuk mempertingkatkan saiz dan kualiti buah.  Ia dilakukan supaya buah tidak terlalu lebat dan mengurangkan kesan biennial bearing.  Jika buash terlalu lebat ia akan menjejaskan pertumbuhan dan penghasilan tahun berikutnya.  Kadar pemangkasan buah adalah bergantung kepada kesuburan pokok dan juga jumlah buah. 

    Pemangkasan bunga dan buah dibuat dua kali (jika perlu).  Pilih ranting yang matang dan gunting sebelum buku ruas.  Berhentikan pengairan kepada pokok buat sementara bagi menggalakkan pengeluaran bunga.  Empat minggu selepas pemangkasan bunga akan keluar sepenuhnya.



    Diambil dari
    PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
    KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
    PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
    TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329